RAWATAN
TRADISIONAL SECARA ISLAM
(BERDOA - BERUSAHA - BERTAWAKAL)
Testimoni 10

Assalamualaikum semua.Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dengan saudara/saudari semua tentang masalah yang saya hadapi.Saya seorang wanita yang berkerjaya,cukuplah saya perkenalkan saya sebagai Puan K.Saya tinggal di Kuala Lumpur.Saya telah mengalami masalah seperti berikut:
Saya pernah berkahwin kali pertama pada usia 20an tapi hanya boleh bertahan 7 bulan sahaja.Ini disebabkan suami saya tidak boleh memberi nafkah batin pada saya.Saya pula sering sakit kepala,tiada nafsu syahwat,sesak nafas,seluruh badan rasa sakit-sakit dan rasa benci pada suami tanpa sebab.Oleh kerana itu kami ambil keputusan berpisah dengan baik.Selepas itu saya menjanda selama hampir 10 tahun.Dipendekkan cerita selepas 10 tahun saya bertemu jodoh,saya bertemu jodoh kali kedua.Namun begitu masalah yang sama berulang kembali.Tapi Alhamdulillah suami saya faham dan bersabar dengan masalah yang saya alami.Kami berusaha berubat merata tempat,namun masalah saya tetap sama.Alhamdulillah bila saya melayari internet saya terjumpa laman web rawatan islam yang dijalankan oleh Ustaz Hj Hanafi.Saya pun pergi menemuinya dan menjalankan rawatan.Kini saya sembuh sepenuhnya dengan izin Allah.

Testimoni 11

Nama saya Mohd Badrul, tinggal di Ampang,Selangor.Masalah saya ialah anak perempuan sulong saya sakit kepala hingga tak boleh mengikuti pelajaran di sekolah.Saya telah bawa menjalani rawatan moden tapi didapati tiada apa-apa penyakit dalam kepalanya.Tapi saya pelik sebab anak saya berasa sakit hingga menangis.Manakala isteri saya pula sakit-sakit dalam badan dan bila memandu rasa mengatuk yang amat sangat.Kami telah berusaha bermacam-macam rawatan tapi belum sembuh juga.Saya cuba mencari dalam internet rawatan alternatif.Saya terjumpa rawatan yang ditawarkan oleh Ustaz Hanafi.Tanpa berlingah lagi saya terus hubungi Ustaz dan buat temujanji dengannya.
Alhamdulillah setelah menjalani beberapa kali rawatan,kini isteri saya dan anak saya sembuh sepenuhnya.Saya rasa sangat-sangat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana telah menyembuhkan penyakit isteri dan anak saya.Saya juga berterimakasih dengan Ustaz di atas usahanya itu.
.

Testimoni 6

Saya Zakiah Bt Ramli yang berumur 58 tahun dan tinggal di Alor Star,Kedah. Masalah saya ialah kedua-dua lutut saya sakit hinggakan saya tidak boleh berjalan atau berdiri lama sikit.Jadinya di dalam rumah saya berkesot atau merangkkak untuk membuat kerja-kerja rumah,saya telah mengalami sakit lutut ini selama 5 tahun lebih.Ekoran dah tak tahan lagi dengan kesakitan yang saya rasai itu lalu saya pergi ke hospital untuk membuat rawatan selanjutnya,dengan itu saya telah buat temujanji dengan pehak hospital untuk melakukan pembedahan lutut kanan saya terlebih dahulu.

Dengan takdir Ilahi suami saya terbaca mengenai rawatan yang ditawarkan oleh Ustaz Hj Hanafi dalam sebuah majalah tempatan.Tanpa membuang masa lagi saya dengan suami  terus bertemu dengan Ustaz Hj Hanafi.Setelah membuat pengesanan penyakit,saya pun terus menjalani rawatan dengannya.Sedangkan pada keesokan harinya saya dijadualkan untuk masuk wad hospital untuk menjalani pembedahan,saya batalkan hasrat pembedahan itu.

Alhamdulillah, setelah saya menjalani beberapa kali rawatan dengan Ustaz kesakitan lutut yang saya alami pun hilang dan kini kesakitan telah pulih sepenuhnya.Saya kini boleh berjalan dan berdiri tanpa rasa sakit lagi.


Testimoni 7


Saya Fatimah Bt Abdul Rahim berumur 32 tahun yang tinggal di Kota Bharu,Kelantan.Masalah saya ialah saya tidak dapat membuat hubungan badan (jimak) dengan suami saya dengan baik dah hampir 3 tahun,bila saya dijimak oleh suami saya ,saya terasa sakit yang amat sangat seperti terkena tusukan pisau yang tajam,bukan itu sahaja bahkan nafsu syahwat saya juga tiada.Sedangkan saya telah berkahwin hampir 10 tahun dan dah ada cahaya mata 3 orang,sebelum ini tidak ada apa-apa pun masalah.

Saya telah berikhtiar mengubat penyakit saya ini melalui berbagai-bagai rawatan moden dan tradisional yang lain,namun kesakitan yang saya alami tidak berkurangan juga sehinggalah saya terjumpa dalam internet Pusat Rawatan Ustaz Hj Hanafi.Saya pun pergi ke Alor Setar untuk bertemu dengannya.Seterusnya saya menjalani rawatan dengan Ustaz Hj Hanafi.Mengikut kata Ustaz saya terkena perbuatan sihir.

Alhamdulillah setelah menjalani banyak kali rawatan dengan ustaz kini saya pulih sepenuhnya.Tiada lagi kesakitan bila berjimak dengan suami,saya benar-benar bersyukur ke hadrat Ilahi yang telah menyembuhkan penyakit saya.


Testimoni 8

Nama saya Abdul Aziz,Saya seorang pesara guru yang tinggal di Alor Star,Kedah.Masalah saya ialah saya tidak boleh bernafas dengan baik,adakalanya seperti nak tercabut nyawa dan juga bila saya menjimak isteri saya tidak dapat sampai (mani tidak boleh keluar ).Saya telah membuat pemeriksaan di Hospital,tetapi pehak Hospital kata saya tiada sebarang masalah jantung dan tiada masalah prostat.Saya jadi hairan dengan masalah saya ini.

Melalui seorang sahabat baik saya dia mengesyorkan saya pergi berjumpa Ustaz Hj Hanafi Hj A.Rashid.Pada keesokan harinya saya pun pergi menemuinya.Ustaz mengatakan saya terkena permainan sihir sesaorang.Saya pun terus menjalani rawatan dengannya.Alhamdulillah kini saya telah pulih sepenuhnya.Terimakasih Ustaz.

Testimoni 9

Saya Zakiah Bt Abdul Latif  tinggal di Mentakab,Pahang.Saya mengalami masalah berniaga merosot yang amat sangat.Sehinggakan makanan yang saya jual tidak laku,terpaksa saya buang setiap hari.Namun saya tidak berputus asa,saya teruskan juga berniaga.Tetapi tetap tak laku-laku juga,sedangkan sebelum ini makanan yang saya jual habis pada setiap hari.

Bukan itu sahaja masalah yang saya alami,bahkan badan saya terasa terlalu lemah dan rasa malas untuk berniaga,sedangkan sebelum ini saya rajin dan badan tiada masalah.
Ekoran dari itu saya telah berusaha untuk menyelesaikan masalah saya ini,berbagai rawatan yang telah saya dapatkan ,namun masalah tetap sama.

Dengan izin Allah s.w.t ada seorang kenalan saya mengesyorkan supaya saya berjumpa dengan Ustaz Hanafi.
Tanpa berlengah lagi saya terus pergi menemui Ustaz di Alor Setar.Hasil pengesanan yang Ustaz buat keatas saya ,ustaz mengatakan yang saya terkena perbuatan khianat orang yang hasad dengki dengan saya.
Dengan penuh yakin saya terus buat rawatan diri dan ustaz pergi ke rumah saya untuk pulihkan rumah dan kedai saya.

Setelah menjalani rawatan ,Alhamdulillah saya rasa sehat dan perniagaan saya kembali maju . Setelah itu ada seorang pelanggan tetap saya bertanya : " kenapa awak dah lama tak berniaga ?". Dengan soalan pelanggan saya itu saya bertanya kepadanya kembali: kenapa bertanya demikian ?, dia menjawab bahawa dia tak nampak saya berniaga dan kedia sentiasa tutup.Masya Allah ! saya kata padanya bahawa saya setiap hari buka kedai,tapi dia kata tak nampak kedai saya buka.Benarlah kata ustaz orang dah buat sihir terhadap saya.
Kini saya bersyukur pada Ilahi di atas pertolongan dan rahmatnya.





ALAMAT

No. 1932-C, Jalan Stadium,
05100 Bandaraya Alor Setar,
Kedah, Malaysia.

@  Berhadapan Dengan Kompleks Kolam Renang MBAS,
     Tepi Jalan Besar (Jalan Stadium)

No H/P : +6019-5424161.
Email   : prist2u@yahoo.com.my
Masa   : 10.00 pagi - 6.00 ptg - Setiap hari

Penting : Sila buat temujanji terlebih dahulu untuk memudahkan urusan

Utama                        Rencana                      Testimoni A                    Testimoni B